Hak-hak peribadi

Hak-hak peribadi adalah hak-hak am seseorang di dalam masyarakat. Hak-hak ini menyediakan batasan untuk perhubungan di antara seorang ahli masyarakat dengan yang lain yang berkaitan dengan perhubungan peribadi dan pengagihan barangan dan perkhidmatan. Hak-hak peribadi adalah berbeza dengan hak-hak asasi manusia kerana hak peribadi mungkin tidak bergantung kepada keadaan manusia sebagai sumber pemikiran tetapi sebaliknya berdasarkan batasan perilaku dan penghormatan kepada seseorang. Tanggungjawab balas memastikan hak-hak seseorang itu akan dihormati. Pencabulan hak-hak seseorang oleh seorang individu yang lain akan melahirkan tanggungjawab yang baru ke atas si pencabul untuk menganti kerugian yang dialami oleh yang tercabul.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.